Monday, September 1, 2008

Realiti Kehidupan

Coretan kali ini aku terpanggil utk mencoretkan sedikit kisah realiti kehidupan yang telah aku lalui kebelakangan ini....

Dulu aku x brapa nak percaya bhw hidup ini ibarat roda atau ada yg mengtafsirkan sebagai bumi..adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah....tetapi setelah bnyk peristiwa yg aku lalui aku mula percaya bahawa hidup ini semamangnya ibarat roda..yg adalakala membawa kita ke atas dan adakalanya membawa kita jatuh ke bawah...
biar aku coretkan apa yang telah aku lalui sebagai peringatan pada diri ku dan pada pembaca sekalian..

kisah pertama merupakan perjalanan peritku didalam persatuan semasa aku menuntut dulu..x dapat aku gnbrkan dgn kata2 betapa hinanya aku ketika itu...pelabagai tuduhan,fitnah dan umpat keji yg aku terima semasa dlm persatuan..pendek kata kami pernah bergaduh besarlah oleh kerana peristiwa yang berlaku...hanya ALLAH yg tau kebenarannya..wpun pelabagai cacian dan kritikan yg aku terima namun kerana sayangkan PERSATUAN aku tebalkan muka hadapi semuanya..aku cuma berazam utuk buktikan aku tidak bersalah dan mohon petunjuk pd yg maha esa utk buktikan kebenaran....tidak berapa lama kemudian aku dapat rasakan mereka2 yang mengata aku 1 ketika dulu telah melalui apa yang aku lalui sebelumnya..dan khidmat aku kembali diperlukan.....bukan aku nak mengata tp pd aku kenapa kita nak menjatuhkan sesorg dgn mencipta fitnah dan cerita2 yg tidak bukti sahih nya...klau fikirkan kecewa aku mmg kecewa dgn sikap mereka yg pada aku seolah2 menjatuhkan maruah aku sebagai manusia dan lebih penting sebagai seorng anak gadis...namun atas dasar menjaga persahabatan dan x mahu mengalah kerana aku tau aku tidak bersalah dan aku percaya satu hari nnti apa yg mereka katakan pd aku akan terpalit pada diri mereka kembali membuatkan aku masih bersama mereka hingga kini....

kisah kedua merupakan kisah seorg sahabat aku yg boleh aku katakan rapat semasa kami sama2 di menara gading dulu...sewaktu zaman belajar wpun aku lihat dia mempunyai potensi utk menjadi org terkenal pd 1 hari nnti malah aku sering katakan pdnya bahwa dia akan menjd terkenal ttp dia tetap merendah diri...namun semuanya berubah bila kami sudah bekerja dan ditakdirkan kami sama2 dlm skim yg sama..cuma yg ketaranya adalah perubahan tingkah lakunya yg pada aku ibarat org yang dah mula mendongak dan terlupa cara utk menundukkan kepala semula...hingga pd 1 hari aku ada membuat lawak kepadanya..tau apa yg dikatakan olehnya..."apa nie *** buat lawak" seolah2 bila kami sudah menjawat jawatan ini kami tidak lg boleh membuat lawak..aku kecewa dgn sikapnya dan aku telah rasakan bahawa aku telah kehilangan seorng yg bergelar kawan...

Kisah ketiga merupakan perjalan aku hingga ke tahap ini...untuk mendapat apa yg aku perolehi hari ini buka sesuatau yg mudah...aku sering kali kecewa dan cemburu dgn kejayaan adik berdik dan rakan ku yg lain...untuk pengetahun aku sering kali mengalami kegagalan dalam pelajaran..boleh dikatakan hampir setiap semester ada sahaja subjek aku yg gagal..sehingga sampi 1 tahap aku berasa giveup dan malu utk meneruskan pengajian ku lg..namun sokongan dari mereka2 yg berada di sekeliling ku terutama ayah dan ibu bnyk menguatkan semangat aku utk teruskan pengajian dgn harapan 1 ari nnti aku akan mendapat pekerjaan yg baik dan dapat membantu ke2 org tua ku...syukur alhmadulillah sekarang...aku telah berjaya dan baru aku sedar bhwa kegagalan yang aku lalui dulu membuatkan aku lebih tabah utk berjaya..dan membuatkan aku sentiasa beringat bhwa bukan senang utk aku menduduki tmpt yg aku dah duduk skrg..terima kasih kepada ayah dan ibu dan adik beradikku yg bnayk memberikan aku sokongan dan semangat...x lupa juga kepada seorng 'teman' yg sentiasa tabah dan sabar serta x jemu2 dlm memberikan aku semangat dan kekuatan..tanpa kalian aku x kan berada pada tahap ini skrg....TERIMA KASIH SEMUA..

aku rasa buat coretan ini cukuplah 3 kisah aku ceritakan..sebagai pengajaran..ingatlah sentiasa bahwa hidup ini umpana roda hari ini kita di atas tidak akan selamanya kita di atas...satu hari kita akan berada dibawah juga...
dan jgnlah kita menjadi seperti manusia yg hanya mendongak keatas tanpa melihat di bawah di mana bumi kita pijak dan di mana asal usul kita...pada aku biar setinggi mana kita terbang atau setinggi mana jawatan dan kemewahan kita jgn kita lupa siapa kita sebelum itu dan ingatlah bahawa segala kenikmatan yg kita kecapi hari ini adalah hanya ujian dari pencipta kita..ALLAH S.W.T...

Renung2kan...
salam manis...

No comments: